Daya Zaini

fakta tentang wanita

Saturday, 5 November 2011 @ 5:18:00 am 0 Comment [s]


  1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih , tetapi dia tidak menitiskan air mata , itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya
  2. Bila dia tidak menghiraukan kamu menyakiti hatinya , lebih baik kamu beri waktu kepadanya untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf
  3. Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci terhadap seseorang yang dia paling sayangi (kerana itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan )
  4. Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki , lelaki itu akan sentiasa berada difikirannya walaupun ketika itu dia bersama dengan lelaki lain
  5. Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya , dia akan cair seperti chocolate
  6. Wanita memang suka dipuji tetapi tidak tahu bagaimana hendak menerima pujian
  7. Jika kamu tidak suka kepada wanita yang menyukaimu setengah mati , tolak cintanya dengan lembut , jangan pernah berkasar dengannya kerana ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan , dia akan melakukan apa sahaja
  8. Jika seorang wanita menjauhkan dirinya dari kamu setelah kamu tolak cintanya , biarkan dia untuk seketika . Jika kamu masih ingin menganggap dirinya sebangai seorang kawan , cubalah tegur dia secara perlahan-lahan
  9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasakan antaranya , muzik , puisi , lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka untuk meluahkan perasaan mereka
  10. Jangan sesekali beritahu kepada wanita tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna
  11. Bersikap terlau serious , boleh mematikan mood wanita
  12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberi respond yang positive , misalnya menghubunginya di telephone , si wanita akan bersikap acuh tidak acuh , seolah-oleh tidak berminat , tetapi sebenarnya dia akan teriak kerana gembira dan tak sampai 10 minute , semua kawan-kawannya akan mengetahui cerita ini
  13. Sebuah senyuman memberi seribu erti kepada wanita , jadi jangan senyum sebarang kepada wanita
  14. Jika kamu menyukai seorang wanita , mulakannya dengan persahabatan dan kemudiannya berikan dia masa untuk mengenali dirimu dengan lebih dekat lagi
  15. Jika seorang wanitu itu memberikan kamu seribu satu alasan setiap kali kamu mahu keluar dengannya , tinggalkan dia , kerana dia langsung tidak berminat dengan dirimu
  16. Jika dalam waktu yang sama , dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu , teruskan usaha anda untuk memikatnya
  17. Jangan sesekali meneka apa yang mereka rasakan , tanya dia sendiri 
  18. Setelah seorang wanita telah jatuh cinta , dia akan sering tertanya-tanya mengapa dia tidak bertemu dengan lelaki ini dari awal lagi
  19. Kalau kamu masih tercari-cari , cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang wanita , bacalah buku-buku cinta
  20. Bila setiap kali melihat photo bersama , perkara yang pertama akan dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya 
  21. Bekas kekasihnya akan selalu berada diminda seorang wanita , tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa , iaitu , hatinya
  22. Satu ucapan "Hai" sahaja , sudah cukup menceriakan harinya
  23. Teman baiknya sahaja yang tahu apa yang sedang dia rasakan , dan apa yang dia lalui
  24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik
  25. Cinta bererti kesetiaan , kejujuran dan kebahagiaan tanpa syarat
  26. Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang mencintainya sepenuh hati
  27. Senjata wanita adalah air mata
  28. Wanita suka jika , sesekali , orang yang dia sayangi memberi suprise buatnya (hadiah , bunga atau sekadar kata-kata romantis ) mereka akan terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintau dengan sepenuh hati , dengan ini , dia tidak akan merasa ragu kepada dirimu
  29. Wanita mudah jatuh cinta pada lelaki yang memberikan perhatian kepada mereka dan baik terhadapnya
  30. Sebenarnya , mudah mengambil hati wanita kerana apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan ingin dicintai dan disayangi sepenuh jiwa




olderâ–º

â—„newer