Daya Zaini

seorang PEREMPUAN :')

Sunday, 23 October 2011 @ 5:07:00 am 0 Comment [s]


Pernahkah anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki ? 
Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan AUTA bahawa perempuan memang suka menangis

seorang perempuan takkan menangis dengan mudah , tetapi hanya apabila dia mula menyintai seseorang
dia mula merendahkan egonya untuk anda , semata-mata kerana anda

apabila dia menangis di hadapan anda 
apabila dia menangis kerana anda
pandanglah matanya , bolehkah anda merasakan apa yang dia rasa ?
pernah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasakan ?
fikirkanlah
berbaloikah dia menangis , dihadapan anda , hanya kerana anda ?

dia menangis bukan kerana dia lemah
dia menangis bukan kerana dia minta untuk dikasihani atau simpati
dia menangis kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati
kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan

GUYS
cuba ambil masa untuk berfikir 
jika si dia menangis hanya kerana anda , mungkin sudah tiba masanya anda fikirkan kembali
di mana silap anda
kerana hanya anda seorang sahaja yang tahu jawapannya
fikirkan , kerana mungkin suatu hari nanti , ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal
atau terlalu lambat untuk mengucapkan "Maafkan saya......"

GUYS
kalau seorang perempuan menangis kerana anda 
jangan anda biarkan dia menangis keseorangan 
beradalah di sisinya , temaninya
kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda

GUYS
kalau seorang perempuan menangis kerana anda 
janganlah nada meninggalkan dia selagi dia masih lagi memerlukan anda
kerana anda akan merosakkan hidupnya

GUYS
jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan 
selagi anda belum benar yakin dan sedia untuk bercinta
kerana anda hanya akan membuatkan sia dia menangis dan sengsara

mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura
melupakan cinta lamanya , terutamanya cinta pertamanya 
tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya 




olderâ–º

â—„newer